Saturday, March 7, 2015

PERKHIDMATAN DISPENSARI UBAT DI MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM...

SKRG NI MEMANG ADA ISU YANG HANGAT DIBAHAS DAN DIBINCANG IAITU ISU PENGASINGAN DISPENSARI (DISPENSING SEPARATION). DISPENSARI ADALAH SUATU PROSES MEMBERI UBAT KEPADA PESAKIT. DISPENSARI MENJADI SUATU ASAS DAN FALSAFAH KEPADA AHLI FARMASI UTK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA UTK MEMENUHI PRINSIP PENJAGAAN FARMASEUTIKAL (PHARMACEUTICAL CARE). NAK TAHU LEBIH LANJUT MENGENAI PENGASINGAN DISPENSARI? 
KLIK LINK INI UNTUK MEMBACA: DOWNLOAD LINK

TETAPI, ISUNYA, RAMAI PENGGUNA UBAT PESAKIT MEMBERIKAN KOMENTAR KPD SITUASI INI:

"katakanlah perskripsi tulisan tangan contohnya .. agak2 ahli farmasi tu paham ke tidak ..klu tersalah baca agak2 pe jd dengan patient ... lagi pun klu kami yg dicover oleh panel syarikat ...klu doktor dah tak swasta tak boleh bg ubat ... adakah kami kena bayar dengan famasi menggunakan duit sendri kemudian claimdengan syarikat ... kan susah pesakit ... klu pesakit tak de cash ??? hmmm" (Eima)

"Adoiii... mati lah... kena bayar klinik untuk preskripsi... lepas tu bayar farmasi untuk ubat... adoiiii...bertambah lah sakit" (Abdoos)

"yupp... kalau betul2 dorang setuju ... sebagai pesakit macam saya ni... lepas jumpa doktor.. nak pegi farmasi beli ubat .. saya dah pengsan dulu.." (Suzielawati)

 KITA TAK BOLEH NAK SALAHKAN MEREKA KERANA MEMBERI KOMEN SEPERTI INI. OLEH ITU, ADALAH PENTING UNTUK AHLI DAN PEGAWAI FARMASI UTK MENGAMBIL LANGKAH PENTING MENDIDIK AWAM MENGENAI DEFINISI DAN HAK DISPENSARI INI.SUDUT PANDANGAN DOKTOR KLINIK SWASTA PULA MEMBERI HUJAH BAHAWA FARMASI BUKAN SUATU PROFESYEN, TAKUT SILAP DOS, DSB. KENYATAAN INI TURUT KURANG MENYENANGKAN PIHAK AHLI FARMASI. TAMBAH LAGI, ALASAN YANG TIDAK KUKUH ITU SENDIRI MEMPERLIHATKAN DOKTOR KLINIK SWASTA (KEBANYAKKANNYA) TIDAK MENGENALI SIAPAKAH AHLI FARMASI ATAU PHARMACIST SEBENARNYA...

SEBELUM INI, PERKHIDMATAN DISPENSARI DILAKUKAN BAGI MENAMPUNG BILANGAN FARMASI YANG TIDAK RAMAI SUATU KETIKA DULU. KINI, BILANGAN AHLI FARMASI YANG MENINGKAT SABAN TAHUN MELETAKKAN SUATU KECENDERUNGAN UNTUK MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB DLM PERKHIDMATAN INI. KINI BANYAK NEGARA-NEGARA LUAR YG DAH PUN MEMPRAKTIKKAN AMALAN PENGASINGAN DISPENSARI. SEKARANG, TIDAKKAH MALAYSIA BERSEDIA MEMBUAT DISPENSING SEPARATION INI?

SUMBER: PIPERREPORT.COM

ISUNYA DI SINI, INTERPROFESSIONALISM MEMAINKAN PERANAN PENTING DAN BUKAN SETAKAT MENJAGA PERIUK MASING-MASING. SIKAP MENJAGA PERIUK NASI MASING-MASING MENYEBABKAN PENJAGAAN KESIHATAN PESAKIT DIABAIKAN.

YANG PENTING BACA RISALAH YANG TELAH DIKONGSI DI ATAS UNTUK TAHU APAKAH ISUNYA... KALAU AKU BAGITAHU DI SINI, IANYA ADALAH BENDA YG SAMA... SEANDAINYA DISPENSING SEPARATION INI DILAKUKAN, FARMASI PERLU SEDAR MENGENAI BANYAK YG PERLU DIBUAT UTK MELAKUKANNYA SEPERTI KESEDIAAN FARMASI UTK BUKA 24JAM, PERUBAHAN STOK, MEMENUHI PIAWAI FARMASI DSB.


WASSALAM

No comments: