Friday, September 4, 2015

Ambil Tahu 1: Kaitan G6PD dengan Ubat-Ubat tertentu

HAI...

G6PD NAMA PENUHNYA ADALAH GLUCOSE-6-PHOSPHATE DEHYDROGENASE. IANYA ENZIM PENTING YG BERFUNGSI DALAM PENTOSE PHOSPHATE PATHWAY. SALAH SATU PRODUCT DARIPADA PATHWAY NI ADALAH NADPH.

NADPH SEBENARNYA DIPERLUKAN UNTUK MENGAKTIFKAN GLUTATHIONE. GLUTATHIONE BERTINDAK SEBAGAI "RADICAL SCAVENGER" YANG MENGURANGKAN RADICAL DALAM BADAN. BIASANYA GLUTATHIONE NI BERKURANGAN DALAM USIA TUA... DIA NI MACAM ANTI-OXIDANT SPT YG LAIN - LAIN (BETA-CAROTENE, ASCORBIC ACID DSB)

LINK GAMBAR UTK MECHANISM: BEUTLER E. ET AL., 2007
http://www.ajtmh.org/content/77/4/779/F1.medium.gif

APA YANG BERLAKU PADA PESAKIT YANG ADA G6PD DEFICIENCY?

BILA MAKAN UBAT YANG DIKATAKAN SBG DRUG-INDUCED OXIDATIVE STRESS, IA AKAN MENGHASILKAN FREE RADICAL YG TINGGI DALAM METABOLISM DRUG ITU. DALAM PESAKIT INI, NADPH YANG KURANG MENYEBABKAN BERKURANGNYA GLUTATHIONE AKTIF. MAKA, FUNGSI ANTIOXIDANT DALAM DARAH MENJADI KURANG,

ADA JUGA ENIM2 LAIN YANG BOLEH MEMBANTU JADI RADICAL SCAVENGER, TAPI, DALAM RED BLOOD CELL, TAK DE NUCLEUS, TAK DE MITOCHONDRIA. JADI, ANTIOXIDANT TIDAK BOLEH DIDAPATI MELAINKAN SUMBER UTAMANYA ADALAH GLUTATHIONE DARIPADA HATI

RADIKAL BEBAS NI AMAT AKTIF. SO, IA AKAN MEROSAKKAN MAKROMOLEKUL SPT LEMAK/LIPID DAN PROTEIN SETERUSNYA MENYEBABKAN MEMBRAN SEL PADA SEL DARAH ROSAK DAN PECAH... KEMUDIAN BILANGAN DARAH PUN BERKURANGAN....

JADILAH HEMOLYTIC ANEMIA...

SEBAB TU G6PD DEFICIENCY BOLEH JADI HEMOLYTIC ANEMIA KALAU PESAKIT MAKAN ATAU AMBIL SESUATU YANG BOLEH MENYEBABKAN PENGHASILAN RADIKAL YANG TINGGI...

CONTOH2 DRUG-INDUCED OXIDATIVE STRESS IALAH...[SUPPLEMENT: http://www.g6pd.org/G6PDDeficiency/SafeUnsafe.aspx]

APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN?
  1. JIKA TERDAPAT DOKUMEN MEMBUKTIKAN ANDA MEMPUNYA KEKURANGAN G6PD, BAWA IA SENTIASA
  2. IKUT SARANAN UBAT-UBATAN DARIPADA PEGAWAI FARMASI DAN DOKTOR
  3. IKUT SARANAN PEMAKANAN DARIPADA PEGAWAI DIETETIK
  4. FAHAMI RISIKO DAN KEKURANGAN G6PD GEJALA ANEMIA
  5. BERHATI-HATI TERHADAP PRODUK YANG TIDAK DIKETAHUI KEBERKESANAN, TIDAK BERDAFTAR DAN TIDAK DIKETAHUI KANDUNGANNYA
  6. BINCANG DENGAN PEGAWAI FARMASI DAN DOKTOR TENTANG UBAT YANG SEDANG ATAU DIRANCANG UNTUK DIAMBIL




SUMBER: Starke, D. W. et al., 2003: Glutathione-thiyl radical scavenging and transferase properties of human glutaredoxin (thioltransferase) (J. Bio. Chem.)

REGARDS,
MR ZACK 

No comments: